Isnin, 10 Ogos 2009

Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup Juga

Masa tu aku dah dalam kuliah Matematik. Aku tengok, semua kerusi macam dah penuh. Macam biasa, orang perempuan duduk barisan yang depan depan saja. Lelaki pula, mungkin sudah menjadi ritual, kami semua duduk barisan belakang belakang. Tapi kaum lelaki ni memang sikit saja bilangannya, adalah dalam 3 barisan saja. Tu pun kalau semua hadir. Kalau tak 2 barisan saja. Sebab itu, kaum lelaki, kalau ada yang tak hadir, memang senang senang saja pensyarah dapat kesan. Macam radar Cybercop Hitam saja.

Hari itu aku memang dah sungguh sungguh dah rasa nak belajar. Awal awal lagi aku dah keluarkan kalkulator dengan modul matematik. Aku nak pastikan ilmu matematik dapat masuk sepenuhnya dalam kepala otak aku. Aku rasa tak mahu jadi macam sebelum sebelum ini. Tak tidur, berborak, tak berborak, tidur. Memang tak ada ciri ciri pelajar cemerlang langsung.

Sambil sambil tu, mata aku meliar juga tengok tengok orang. Perempuan semua cukup agaknya, tak terlarat aku nak kira. Lelaki...lelaki...lelaki...cukup kot. Budak budak Changlunkus pula...Emi ada, Wan ada, Najib ada, Mel the leader ada, Wak...Wak...Wak...Wak tak ada weh, tak datang ke?

"Wak tak datang ke Wan?" aku tanya Wan. Sebabnya Wak suka tidur bilik Wan. Entah apa diorang buat dalam bilik tu memang sikit pun aku tak ambil tahu.

"Entah, tak tau aku," jawab Wan sambil menekan butang shift dan AC pada kalkulator untuk mematikan kalkulatornya.

Kelas dah mula. Pensyarah pula garang. Wak tak masuk lagi. Memang nak kena bambu Wak ni. Wak yang rekod kehadirannya memang tak pernah dapat terbaik perlu hadir juga hari ini agar dia tidak dihalang masuk peperiksaan akhir. Jadi, walau apa jua cara, Wak mesti hadir!

(bersambung...)

Tiada ulasan: