Ahad, 30 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Satu Filem


Tajuk Filem:
Mau Gocoh?

Durasi:
1 jam 15 minit

Dibintangi Oleh:
Muzakir sbg Wak
Faizul sbg Dol
Azwan sbg Wan

Genre:
Komedi Aksi Cinta

Sinopsis:
Mengisahkan 3 orang sahabat yang sentiasa berusaha menepati janji janji yang mereka lafazkan. Namun bagitu, segala galanya mula berubah apabila salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba gagal melunaskan janji yang dikatakannya. Apakah yang akan terjadi kepada sahabat yang tidak dapat mengotakan janjinya? Adakah dia masih boleh diterima oleh sahabat-sahabatnya yang lain? Apakah tindakan yang akan diambil terhadapnya? Masihkah dia dapat menerima cinta yang tulus daripada gadis Kelana Jaya Medical Centre? Semuanya akan terjawab apabila menonton filem ini.

Berapa ibu jari nak bagi?:
3 Ibu Jari Setengah

Rabu, 26 Ogos 2009

tema majlis berbuka puasa..

Berikut adalah tema2 untuk majlis berbuka puasa di One Utama:

cadangan aku :

1) "clash of the titans" (berikutan perlawanan m.u ngan arsenal mlm nnti)
2) "tempat jatuh lagi dikenang" (tiru radio sinar fm)

cadangan atok :

1) "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" (tiru tema barisan nasional)
2) "ramadhan diingati, kenangan diingati" ( tema hanya berkesan di bulan ramadhan je)

Dengan penuh semangat kemerdekaan aku menyimpulkan tema untuk majlis berbuka adalah "One Utama, One Malaysia".. Jadi sesiapa yang ingin menghadirkan diri dimestikan berpakaian mengikut tema majlis ini dengan penuh semangat patriotik..

Ahad, 23 Ogos 2009

breaking fast ceremony (venue)




ok kawan2.. tempat berbuka pose pada ari sabtu minggu depan adalah di One Utama, Damansara.. so kepada sesiapa yang berkenaan, silalah heboh2kan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya lagi.. dan pada malam itu ada pertembungan antara arsenal yang menang besar pada malam semalam dan manchester united juga menang paling besar semalam.. jadi sekiranya tiada aral melintang, perlawanan antara arsenal dan manchester united di old trafford pada pukul 12.15 boleh disaksikan bersama.. dan satu lagi, mel x menunaikan janjinya untuk membelanja aku makan chicken chop setelah arsenal kekal di tangga 4 pada musim yang lepas.. kepada sesiapa yang tak tau jalan sila tengok map di bawah..




Sabtu, 22 Ogos 2009

breaking fast ceremony..

atas cadangan mel, majlis berbuka puasa akan diadakan pada hari sabtu depan bertarikh 29/08... jadi kepada semua yang ada masalah masa, masalah pengangkutan atau masalah persendirian silalah mengemukakan dalam ruangan ini sebelum ari isnin.. tempat kite berbuka tu aku baru nak survey dan kemungkinan besar kt lembah klang la.. kalo sesiapa ada cadangan bernas sila kemukakan sebelum hari isnin juga..

Rabu, 19 Ogos 2009

Mengemis Kasih Orang

Petang tu aku tengok Wak jadi kelam kabut. Dari riak wajah dia aku nampak hati dia macam tak tenang je. Macam ada sesuatu yang mengganggu akal fikiran dia yang bersawang tu. Masuk masuk je bilik Wan (Wan juga berkongsi bilik dengan Emi dan Adi. Wak je kadang kadang datang merempat) Wak terus menerjah ke loker Wan. Wak punggah habis barang barang dalam loker Wan. Tapi Wan tak kisah sangat pasal loker dia pun macam loker orang dah kena rompak je. Punggah punya punggah, Wak macam tak jumpa apa dia nak. Wajah Wak dah jadi sugul semacam. Dah jadi macam orang kena pukau.

Tapi Wak tak putus asa, Wak berusaha lagi. Wak seolah olah memiliki kekuatan yang luar biasa. Wak ni biasanya mudah putus asa. Tapi kalau kena 'bakar', peh, memang tak ada orang boleh memadam 'kebakarannya' yang marak tu. Memang hilang habis konsep putus asa dia. Pernah sekali dia kena bakar dengan Wan, sampai baling baling selipar la jugak. Mujur aku ada untuk jadi pendamai. Macam Israel-Palestin je aku tengok.

Ok, bersambung pada cerita Wak tadi. Kali ni dia mengalih serangannya kepada katil milik Wan (Kenapa semuanya perlu berkaitan dengan Wan?). Wak menyelongkar bahagian bawah katil Wan yang macam busut anai anai tu. Wak kaut kaut apa apa yang patut. Kejap keluar bekas rokok, kejap keluar bungkusan cekedis, kejap keluar...macam macam lagilah.

Tetapi, tiba tiba sahaja Wak bangun tegak segagah Gunung Kinabalu. Tangannya menjulang ke udara. Pada waktu itu masa bagaikan terhenti saja. Aku dengan Wan (Aku rasa ada orang lain lagi kat situ, tapi dah lupa siapa) dah mula rasa pelik. Masa tu rasa macam nak tampar tampar je pipi Wak kasi sedar diri sikit.

"Hahaha! Jumpa gak aku baju ni, boleh jumpa dengan _ _ _ _ _. Perjumpaan kali ni mesti nampak bergaya," ujar Wak seraya menyisir rambutnya yang kerinting.

Ceh! Nak cari baju nak keluar dengan awek rupanya. Patutlah kelam kabut semacam je. Macam cilake je. Aku sampai sekarang boleh gelak sorang sorang kalau ingat pasal cerita ni.

p/s: nama awek tersebut kena dirahsiakan takut dia baca blog ni. aku takut Wak taji aku!

Selasa, 11 Ogos 2009

Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup Juga #2

Selang beberapa minit selepas kepala otak aku bercelaru memikirkan ke mana hilangnya wak, pintu belakang kuliah tiba-tiba terkuak. Kelihatan kelibat Wak dan seorang lagi rakannya. Eh, siapa pula tu? Wak bawa geng ke nak mengamuk? Atau Wak cuak nak masuk sorang-sorang?

"Woi, kau merangkak Wak, merangkak. Kang Puan X nampak,(aku tak ingat nama pensyarah tu)" ada satu suara yang bercakap. Aku pun tak tau siapa. Tapi aku pun turut menyokong apa yang mamat tu cakap, "A'ah, kau merangkak je weh. Pensyarah ni memang angin kalau orang masuk lambat."

"Oh, ok, ok." Wak membalas.

Wak menunduk untuk memulakan langkah merangkaknya. Sebaik sahaja dia menunduk kelihatan Arif Budak Rembau Yang Baik-Baik. Ai, Arif pun boleh masuk lewat. Ini memang menimbulkan persoalan.

Wak yang sudah biasa melakukan keberdosaan tanpa segan silu terus merangkak laju seperti cakcibor. Tapi Arif saja, ya, Arif saja yang kelihatan teragak-agak untuk merangkak seperti Wak. Mungkin kerana reputasinya sebagai budak baik sedikit sebanyak mempengaruhi tindakannya.

Namun begitu, dek kerana takut reputasinya tercalar, dia mengikut jejak langkah Wak.

Malangnya, semuanya sudah terlambat.

"Hah, awak! Ow, awak dah lambat nak masuk merangkak-rangkak pula ya?" bergema dewan kuliah apabila pensyarah matematik itu menjerit.

Tersentak Arif. Dalam keadaan kucar kacir dia terus merangkak laju menyorok di balik kerusi.

"Hei! Jangan ingat saya tak nampak! Baik awak bangun sebelum saya naik ke belakang! Kurang ajar betul!" Pensyarah matematik sekali lagi menempik.

Lalu Arif bangun bersendirian yang melihatkan mukanya yang begitu tidak berdosa. Wak pula bagaimana? Heh, orang tak kenal salah silap, dia buat tak tau saja dan terus menyorok di belakang kerusi tanpa menghiraukan apa yang terjadi.

Hari itu, reputasi Arif sebagai Budak Rembau Yang Baik Baik sudahpun tercalar. Kini, semua orang menganggap Arif bukan lagi budak yang skema. Kesian Arif...

Isnin, 10 Ogos 2009

Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup Juga

Masa tu aku dah dalam kuliah Matematik. Aku tengok, semua kerusi macam dah penuh. Macam biasa, orang perempuan duduk barisan yang depan depan saja. Lelaki pula, mungkin sudah menjadi ritual, kami semua duduk barisan belakang belakang. Tapi kaum lelaki ni memang sikit saja bilangannya, adalah dalam 3 barisan saja. Tu pun kalau semua hadir. Kalau tak 2 barisan saja. Sebab itu, kaum lelaki, kalau ada yang tak hadir, memang senang senang saja pensyarah dapat kesan. Macam radar Cybercop Hitam saja.

Hari itu aku memang dah sungguh sungguh dah rasa nak belajar. Awal awal lagi aku dah keluarkan kalkulator dengan modul matematik. Aku nak pastikan ilmu matematik dapat masuk sepenuhnya dalam kepala otak aku. Aku rasa tak mahu jadi macam sebelum sebelum ini. Tak tidur, berborak, tak berborak, tidur. Memang tak ada ciri ciri pelajar cemerlang langsung.

Sambil sambil tu, mata aku meliar juga tengok tengok orang. Perempuan semua cukup agaknya, tak terlarat aku nak kira. Lelaki...lelaki...lelaki...cukup kot. Budak budak Changlunkus pula...Emi ada, Wan ada, Najib ada, Mel the leader ada, Wak...Wak...Wak...Wak tak ada weh, tak datang ke?

"Wak tak datang ke Wan?" aku tanya Wan. Sebabnya Wak suka tidur bilik Wan. Entah apa diorang buat dalam bilik tu memang sikit pun aku tak ambil tahu.

"Entah, tak tau aku," jawab Wan sambil menekan butang shift dan AC pada kalkulator untuk mematikan kalkulatornya.

Kelas dah mula. Pensyarah pula garang. Wak tak masuk lagi. Memang nak kena bambu Wak ni. Wak yang rekod kehadirannya memang tak pernah dapat terbaik perlu hadir juga hari ini agar dia tidak dihalang masuk peperiksaan akhir. Jadi, walau apa jua cara, Wak mesti hadir!

(bersambung...)