Rabu, 19 Ogos 2009

Mengemis Kasih Orang

Petang tu aku tengok Wak jadi kelam kabut. Dari riak wajah dia aku nampak hati dia macam tak tenang je. Macam ada sesuatu yang mengganggu akal fikiran dia yang bersawang tu. Masuk masuk je bilik Wan (Wan juga berkongsi bilik dengan Emi dan Adi. Wak je kadang kadang datang merempat) Wak terus menerjah ke loker Wan. Wak punggah habis barang barang dalam loker Wan. Tapi Wan tak kisah sangat pasal loker dia pun macam loker orang dah kena rompak je. Punggah punya punggah, Wak macam tak jumpa apa dia nak. Wajah Wak dah jadi sugul semacam. Dah jadi macam orang kena pukau.

Tapi Wak tak putus asa, Wak berusaha lagi. Wak seolah olah memiliki kekuatan yang luar biasa. Wak ni biasanya mudah putus asa. Tapi kalau kena 'bakar', peh, memang tak ada orang boleh memadam 'kebakarannya' yang marak tu. Memang hilang habis konsep putus asa dia. Pernah sekali dia kena bakar dengan Wan, sampai baling baling selipar la jugak. Mujur aku ada untuk jadi pendamai. Macam Israel-Palestin je aku tengok.

Ok, bersambung pada cerita Wak tadi. Kali ni dia mengalih serangannya kepada katil milik Wan (Kenapa semuanya perlu berkaitan dengan Wan?). Wak menyelongkar bahagian bawah katil Wan yang macam busut anai anai tu. Wak kaut kaut apa apa yang patut. Kejap keluar bekas rokok, kejap keluar bungkusan cekedis, kejap keluar...macam macam lagilah.

Tetapi, tiba tiba sahaja Wak bangun tegak segagah Gunung Kinabalu. Tangannya menjulang ke udara. Pada waktu itu masa bagaikan terhenti saja. Aku dengan Wan (Aku rasa ada orang lain lagi kat situ, tapi dah lupa siapa) dah mula rasa pelik. Masa tu rasa macam nak tampar tampar je pipi Wak kasi sedar diri sikit.

"Hahaha! Jumpa gak aku baju ni, boleh jumpa dengan _ _ _ _ _. Perjumpaan kali ni mesti nampak bergaya," ujar Wak seraya menyisir rambutnya yang kerinting.

Ceh! Nak cari baju nak keluar dengan awek rupanya. Patutlah kelam kabut semacam je. Macam cilake je. Aku sampai sekarang boleh gelak sorang sorang kalau ingat pasal cerita ni.

p/s: nama awek tersebut kena dirahsiakan takut dia baca blog ni. aku takut Wak taji aku!

Tiada ulasan: