Selasa, 11 Ogos 2009

Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup Juga #2

Selang beberapa minit selepas kepala otak aku bercelaru memikirkan ke mana hilangnya wak, pintu belakang kuliah tiba-tiba terkuak. Kelihatan kelibat Wak dan seorang lagi rakannya. Eh, siapa pula tu? Wak bawa geng ke nak mengamuk? Atau Wak cuak nak masuk sorang-sorang?

"Woi, kau merangkak Wak, merangkak. Kang Puan X nampak,(aku tak ingat nama pensyarah tu)" ada satu suara yang bercakap. Aku pun tak tau siapa. Tapi aku pun turut menyokong apa yang mamat tu cakap, "A'ah, kau merangkak je weh. Pensyarah ni memang angin kalau orang masuk lambat."

"Oh, ok, ok." Wak membalas.

Wak menunduk untuk memulakan langkah merangkaknya. Sebaik sahaja dia menunduk kelihatan Arif Budak Rembau Yang Baik-Baik. Ai, Arif pun boleh masuk lewat. Ini memang menimbulkan persoalan.

Wak yang sudah biasa melakukan keberdosaan tanpa segan silu terus merangkak laju seperti cakcibor. Tapi Arif saja, ya, Arif saja yang kelihatan teragak-agak untuk merangkak seperti Wak. Mungkin kerana reputasinya sebagai budak baik sedikit sebanyak mempengaruhi tindakannya.

Namun begitu, dek kerana takut reputasinya tercalar, dia mengikut jejak langkah Wak.

Malangnya, semuanya sudah terlambat.

"Hah, awak! Ow, awak dah lambat nak masuk merangkak-rangkak pula ya?" bergema dewan kuliah apabila pensyarah matematik itu menjerit.

Tersentak Arif. Dalam keadaan kucar kacir dia terus merangkak laju menyorok di balik kerusi.

"Hei! Jangan ingat saya tak nampak! Baik awak bangun sebelum saya naik ke belakang! Kurang ajar betul!" Pensyarah matematik sekali lagi menempik.

Lalu Arif bangun bersendirian yang melihatkan mukanya yang begitu tidak berdosa. Wak pula bagaimana? Heh, orang tak kenal salah silap, dia buat tak tau saja dan terus menyorok di belakang kerusi tanpa menghiraukan apa yang terjadi.

Hari itu, reputasi Arif sebagai Budak Rembau Yang Baik Baik sudahpun tercalar. Kini, semua orang menganggap Arif bukan lagi budak yang skema. Kesian Arif...

Tiada ulasan: