Rabu, 15 Julai 2009

Trip ke Gunung Nuang (17 Julai 2009)

Dengan sukacitanya seperti biasa last minute trip lagi akan diadakan di Gunung Nuang di Hulu Langat.. Berikut adalah segala jenis keperluan dan tentatif program yang akan diadakan pada 17 Julai 2009.. Bukan semua barang2 yang ditunjukkan kena bawa.. tapi amek yang penting la macam sleeping bag, lampu suluh dan lain2.. yuran mmg free dan yang penting bawakla makan-makanan untuk breakfast dan cuba2 la untuk menambahkan stamina sehari sebelum mendaki gunung ni.. aku pun baru nak mencuba untuk mendaki gunung ni..


EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG NUANG 17 -

18 JULAI 2009


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA


1. LAMPU SULUH (PENTING)

2. SOLID FUEL + DAPUR (JIKA BERKEMAMPUAN)

3. SUDU DAN GARFU (PILIHAN)

4. PINGGAN (PILIHAN)

5. CAWAN DAN BOTOL AIR (PENTING)

6. TEMBAKAU (PILIHAN)

7. BAJU SEJUK (PENTING)

8. BELERANG KUNING (PENTING)

9. SLEEPING BAG/SELIMUT (PENTING)

10. PISAU (PENTING)

11. KHEMAH (PENTING)

12. COKLAT/POWERBAR (PENTING)

13. MAKANAN SAMPINGAN : ROTI, MAGGIE, TUNA (PENTING)


AKTIVITI


17 JULAI 2009 (JUMAAT)


8.00 pm : BERKUMPUL DI PADANG RUMAH AKU DAN BERTOLAK KE PANGSUN

9.00 pm : TIBA DI PEJABAT HUTAN (RENJER) GUNUNG NUANG

9.30 pm : BERMULA MENDAKI KE KEM LOLO

11.30 pm : TIBA DI KEM LOLO, MEMASANG KHEMAH, AKTIVITI SANTAI


18 JULAI 2009


7.00 am : SARAPAN PAGI

8.00 am : BERMULA MENDAKI KE KEM PACAT

10.00 am : TIBA DI KEM PACAT (ROLL CALL) PENDAKIAN KE PUNCAK NUANG

11.30 am : LUNCH DAN BEREHAT DI PUNCAK GUNUNG

1.00 pm : BERGERAK TURUN KE KEM LOLO

3.00 pm : TIBA KE KEM LOLO DAN BERKEMAS

5.00 pm : TIBA DI PEJABAT HUTAN GUNUNG NUANG




Itu sahajalah aktiviti yang diadakan.. setakat ni yang berminat hanyalah emi ngan zool(member UITM aku).. Pendakian ini akan di"guide" oleh abang aku dan disertai juga oleh member2 abang aku.. mungkin dalam kiraan aku ada la dalam 4-5 orang member abang aku.. so sape nak join roger2 la.. sorila sebab last minute planning lagi.. hehe..

6 ulasan:

Atok berkata...

ish,tak dapat aku nak polo.aku dah teringin nak menggentel pacat kat puncak gunung ni.hahaha!dem!

crapsist berkata...

aku pun rasa bsalah sbb last minute planning lagi..len kali kte ramai2 gi..

chucky berkata...

kite mane ade planning, sumer yg plan tak jadi...tapi kalo tak plan jadi...huhuhuuu...

Atok berkata...

nak gi ramai2 pnjt gunung ke?aku takut mel tak nak ikut la.sebab tkut muka kacak dia kena sedut dengan pacat.hahaha!

chucky berkata...

ye arr...rambut mel skang pon da laen beb, saloon gitu..konpom rosak masuk utan kang...hahaha, ops tok ketua, jgan mara...

crapsist berkata...

aha mel, kalo x gentar follow la skali.. perghh gila la emi, brani ko sound mel.. uish, tak berani aku..