Sabtu, 18 Julai 2009

Masihkah Kau Ingat?

"Saya Najib. Saya kini tak sawan lagi bila hisap rokok."

Ini Najib a.k.a Penyu. Nak tau tak, rokok pertama yang Najib hisap ialah Marlboro Light. Hebat bukan? Kali pertama belajar dah hisap rokok mahal mahal. Otai rokok macam Wak pun belajar hisap guna rokok murah murah. Winston Light misalnya. Kali pertama Najib hisap rokok, macam haram perginya. Sebatang Marlboro Light itu secara puratanya boleh dihabiskan dalam masa 3 minit sahaja. Tapi Najib? Nak dekat 15 minit. Tangan dah terketar ketar macam hisap gam. Gambar di atas adalah wajah seakan akan sama seperti insiden pertama kali Najib hisap rokok. Macam sawan!

p/s: Sekarang Najib dah hebat. Dia tak lemah hisap rokok dah. Dah pandai buat bulat, buat love, buat anak panah, buat lesung, buat segitiga Bermuda dan banyak lagi. Dan sekarang dia hisap rokok Peter Styvesant.

Tiada ulasan: