Selasa, 7 Julai 2009

Gerai Mak Long, Rokok Batang dan Nasi Lemak

Dululah gerai Mak Long. Sekarang dah jadi gerai apa entah. Tengok banner macam jual bihun sup saja.

Di sinilah aku belajar macam mana makan nasi lemak campur kicap. Di sinilah aku belajar mengetahui cara membeli rokok batang. Dunhill empat puluh sen sebatang dan Surya tiga puluh sen sebatang (kalau tak silaplah). Di sini juga tempat aku dan geng geng Changlunkus Matrikus lepak lepak tak kira pagi atau petang. Habis kelas mesti menuju ke sini. Minum apa apa yang patut sambil menghembus asap laju-laju. Di sini jugalah aku belajar buat asap bentuk 'O'. Di sini juga tempat aku mengeratkan silaturrahim dengan pelajar pelajar lain. Aku juga pasti bahawa tempat ini tidak sesuai untuk budak budak skema yang bijak pandai kerana kehadiran mereka teramatlah kurang. Wajah Azman(adik Mel) juga jarang kelihatan. Aku juga pasti bahawa Mak Long ini lebih mengenali Wak dan Wan berbanding aku dan rakan rakan lain. Dengar cerita, Wak pernah jadi anak angkat Mak Long. Wan juga dipilih, tapi dia menolak, takut dikongkong katanya. Aku juga pernah menjadi perhatian di sini apabila digelakkan oleh pak cik pak cik prebet sapu akibat kegagalan menggulung rokok daun dengan baik. Habis berterbangan bersama tembakau. Di sini juga aku mula mengenali nasi goreng kung fu. Haram tak sedap langsung! Di sini juga aku dan rakan rakan menyinggah sebelum menapak 1.5 kilometer ke masjid pada hari Jumaat.

Kini, gerai ini bukan Mak Long lagi yang jaga. Pak Long juga sudah meninggal dunia. Hasil penyiasatan Wan dan Wak ke kawasan ini beberapa bulan yang lalu mendapati gerai ini diambil alih oleh mereka mereka yang tidak ketahuan asal usulnya. Dem. Terlalu banyak kenangan manis aku dan rakan rakan di sini.

Gambar diambil dari pesbuk Wan.

4 ulasan:

crapsist berkata...

sedih aku mengenangkan gerai ini kekosongan.. aku ingat nak menjadikan tapak tu sebagai tapak warisan dunia.. apakata trip kite pasni menziarahi umah mak long yang disayangi?

Atok berkata...

ko tau ke umah mak long?

crapsist berkata...

aku masa gi sana tu tanya pak cik yang park moto dpan gamba ni knal mak long.. sampai cikgu kat skola aku pun kampung dia dkat umah mak long.. so mmg xdahal la kalo nak cari umah mak long.. konpem dapat pnye..

chucky berkata...

kenangan kat tempat ni...port melepak sblom jalan kaki gi mesjid..bepeloh2 la gamaknye jalan kaki g mesjid..huhuhuuu