Khamis, 16 Julai 2009

Euro Trip

"Kami budak matrik. Kami 'unite'. Kami menentang kapitalisme!" - Mel

Budak matrik. Duit masalah. Tapi rokok tetap boleh beli. Nyawa katanya. Makan masalah. Kadang kadang makan nasi berlaukkan telur goreng dengan kuah campur campur. Kalau mak cik kafe baik, dia derma la ayam seketul, daging 3 ketul ke, tak pun bagi sayur sayuran. Baju pula kedut-kedut. Nak jumpa awek pun kena cari baju bawah katil. Berhabuk? Tak kisah, janji aurat tertutup. Nak ke pekan Changlun. Naik prebet singgit lak kena caj. Jalan kaki lagi bagus, jimat dan menyihatkan badan. Walaupun panas, mahupun hujan lebat, selamba je redah. Kisah apa, inilah namanya 'life'.

Tapi, takde duit macam mana pun, takleh makan lauk sedap sedap pun, baju tak bergosok pun, menapak ke pekan berpanasan dan berhujanan pun, kami semua tetap boleh melancong ke Paris. Aku siap sisipkan gambar bukti lagi di atas. Woi Najib! Kau bawak lari troli tu gi mana weh? Kastam Perancis cari. Dem betullah!

2 ulasan:

chucky berkata...

pergh...kat paris ade moto EX5 ngan kriss woo..hahahahaaa

Atok berkata...

motor antarabangsa la katakan.hahaha!