Ahad, 12 Julai 2009

Aktiviti riang suka dengan tema "duit boleh dicari, enjoy bukan selalu"

Begitulah frasa yang diungkapkan oleh wak jowo@emi yang menjadi sebutan popular bagi masyarakat di zaman ini.. Frasa itu bermaksud duit boleh dicari di mana-mana dan masa bersama member2 memang sangat dihargai ataupun sangat susah untuk dicari.. Tetapi pada hari ini aku ingin menceritakan mengenai kejayaan kami mengumpan najib untuk keluar bersama-sama kami.. di sini aku lampirkan beberapa gambar yang menunjukkan bukti ataupun alibi bahawa najib bersama kami ketika keluar untuk aktiviti riang suka semalam..




gambar ini menunjukkan najib yang berasa runsing kerana terpaksa mengeluarkan diri dari rumahnya.. kelihatan emi mengawal ketat najib untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku..



gambar ini menunjukkan mel@ketua kumpulan kami sedang "slow talk" dengan najib untuk menenangkannya supaya tidak melarikan diri.. lihat betapa seriusnya ketua kami, memang tiada tandingan.. terima kasih juga kami ucapkan kepada mel kerana membelanja kami makan di mcd..



gambar yang "shady" ini diambil oleh najib secara paksa setelah disuruh oleh mel.. dari kiri emi, di tengah mel@ketua dan di kanan sekali adalah seorang makhluk yang sopan kerana kedudukan kakinya seperti sedang ditemuduga"..



gambar menunjukkan najib(gambar di sebelah kanan sekali) meluahkan perasaan yang tidak puas hati atas kawalan yang ketat terhadapnya.. nampaknya awek di belakang pun sedang bersiap sedia untuk mengambil gambar.. tengok skali je ya, tengok dua kali hukumnya haram..



kelihatan emi(gambar di sebelah kiri sekali) menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana mel mendapat tempat duduk yang paling depan sekali untuk cerita "Public Enemies".. kami berjaya meyakinkan mel untuk terus masuk panggung walaupun beliau bercadang untuk balik rumah pada ketika itu.. "kalo aku dapat tempat kat depan masa tengok wayang pun aku tak sanggup nak masuk," aku berkata dalam hati.. ha, tengok dua kali kaki awek tu da haram.. macam aku tak tau je apa ada dalam pikiran korang, cet.. haha..


Berikut aku ringkaskan aktiviti daripada awal hingga akhir dalam aktiviti riang suka kami :


Yang Dirancang :


1) 4.00 petang : di Red Box dekat The Curve Damansara

2) 7.50 malam : menonton wayang bertajuk "Public Enemies" di Cineleisure Damansara

3) 10.00 malam : makan malam di Restoran Murni di SS2 Damansara

4) 12.00 malam : habis makan dan majlis bersurai



Yang Terjadi :


1) 12.25 tengah hari : bangun tidur dan terus menelefon emi.. msg wak tapi x berbalas (aku beranggapan wak berada di sarawak)


2) 1.03 tengah hari : msg mil mengenai perancangan seterusnya dan mula pergi ke rumah emi(checkpoint pertama)


3) 2.00 tengah hari : sampai di rumah emi dan bergegas ke shah alam untuk mengambil najib di rumahnya(checkpoint kedua)


4) 2.35 tengah hari : sampai di rumah najib dan kelihatan ada kenduri berdekatan rumahnya


5) 2.40 tengah hari : menelefon najib untuk memberitahu mengenai kedudukan kereta


6) 2.50 tengah hari : najib kelihatan mencari kereta kancil aku dan aku memberitahu bahawa kedudukan kereta berada di sebelah kanan rumahnya


7) 3.00 petang : akhirnya najib berjaya mengecam kereta dan kami terus pergi makan di kedai makan seksyen 2 yang baru(checkpoint ketiga)


8) 3.30 petang : bergerak ke The Curve Damansara untuk berkaraoke di Red Box(check point keempat)


9) 4.10 petang : sampai di Red Box.. terpaksa masuk lewat 20 minit kerana terlambat sampai ke destinasi dan najib mengambil kesempatan untuk membeli tiket wayang


10) 4.30 petang : masuk ke bilik karaoke yang bernombor 13.


11) 6.40 petang : mel sampai di bilik 13 dan terpaksa membeli tiket "Public Enemies" dan akhirnya mendapat tempat yang hadapan sekali


12) 7.00 malam : habis sessi karaoke dan minum di Mcdonald The Curve(checkpoint kelima)


13) 7.45 malam : bergerak ke panggung Cineleisure(checkpoint keenam) untuk menonton "Public Enemies"


14) 10.30 malam : habis menonton dan mula bergerak ke Restoran Murni SS2(checkpoint ketujuh)


15) 11.00 malam : sampai di stesen minyak BHP untuk menunggu wak yang terlambat datang


16) 11.10 malam : menunggu wak dan cuba menelefon tetapi tidak diangkat


17) 11.20 malam : telefon punya telefon punya telefon punya telefon tapi tak angkat2.. emi bercadang untuk menggunakan cara ganas tetapi aku menasihatkannya supaya bersabar


18) 11.30 malam : akhirnya wak mengangkat telefon sambil emi menjawab dengan emosi dan akhirnya wak tiba di destinasi secara terkinja-kinja.. kami terus "park" kereta di stesen ini dan terus berjalan menuju ke Restoran Murni


19) 12.00 malam : akhirnya sampai di destinasi dan sessi makan malam..


20) 1.00 pagi : selesai makan dan menuju ke tempat letak kereta yang telah dirantai sekeliling stesen.. patutlah takda kereta "park" dekat sini.. emi dan najib mengangkat palang dan secara tidak rasmi menjadi pekerja stesen minyak untuk beberapa minit.. pergi menghantar najib ke shah alam(checkpoint kelapan)


21) 1.20 pagi : sampai di rumah najib dan seterusnya menghantar emi ke rumahny (checkpoint kesembilan)


22) 1.40 pagi : sampai ke rumah emi dan aku pulang ke rumah..


23) 2.00 pagi : aku sampai di rumah dengan hati riang suka..


Beginilah aktiviti yang diadakan semalam yang bertarikh 11 Julai 2009 yang bertemakan "duit boleh dicari, enjoy bukan selalu" . Dan kepada atok kami ingin memohon kemaafan kerana ketidakhadiran anda untuk memeriahkan majlis atau aktiviti riang suka kami.. uih.. letih siot aku tulis .. pandai pandai la korang hargai ya..

5 ulasan:

Atok berkata...

gila,terhibur je aku rasa tengok gambar2 korang.patutlah si najib asek cakap mel dah jadi leader public enemies.hahaha!dengar cerita wak ada masalah?betul ke?

crapsist berkata...

haha, aku pun x tau apa masalah dia tp masalahnya dia tak angkat masa aku ngan emi tepon dia.. kitaorang tepon pun sebab nak tunjuk jalan ke restoran murni sebab dia x tau, bukan nak menyesatkan jalan ..wakaka.. rasa2 adala dalam 3-4 kali tepon.. mungkin dia tak angkat sebab nak membalas dendam kot, ahahaha.. papehal sume tu da dimaafkan..

chucky berkata...

perghh...gile aa, karoke kene tiow 150...hahahahambekkk..duet boleh dicari, kegembiraan bersama takkan dpat dinilai beb...sronok aa dpat bersama...Wan XPDC 7 prhentian tak show ke?

crapsist berkata...

ahaha, atas permintaan ko aku da post dlm blog..

chucky berkata...

beb...awek pkai skirt pndek kat mcD aritu menggiurkan aaa... meleleyh siot...aku ingat kalo wak ade time tu dah disentap nyer...hahaha