Ahad, 14 Februari 2010

Gunung Datuk - Sebuah Tragedi

Ingat tak penat ke naik kereta dari Lumut, lepas tu sampai Cheras pukul 10 malam, lepas tu lepak dengan Wan sampai pukul 1 pagi, lepas tu pergi KFC Kajang angkut kawan kawan lain pasal nak gerak pergi Rembau. Sampai Rembau tunggu budak budak lain lagi. Mata dah ngantok tapi tak mau tidur lagi waktu. Lepak lepak dan sembang dengan Wan. Bila semua dah sampai, pukul 5 pagi start panjat Gunung Datuk. Naik gunung waktu gelap sememang meningkatkan lagi risiko tersadung akar kayu ataupun terseliuh akibat tersalah step seprti budak baru bershuffle. Pukul 7 pagi tepat baru mencecah puncak Gunung Datuk. Aku keluarkan kamera aku. Bila on tak mau menyala. Aku dah mula fikir bukan bukan. Rasa nak tikam orang tu semakin kuat semangatnya. Muka Wan aku pandang garang. Kawan kawan yang lain dah mula jarakkan diri dari aku.

"Sial! Bateri tinggal dalam kereta! Ni siapa nak turun amik bateri tu???"

Entah macam mana aku boleh lupa masukkan bateri kamera. View pagi tu kat Gunung Datuk memang terbaiklah. Aku memang kena repeat balik ni lebih lebih lagi pasal aku tak bawa bateri kamera. Hampeh! Walaubagaimanapun, mujur Wan bawa. Kalau dua dua tak bawa lagilah frust. Macam anak kucing tak dapat minum susu ibunya.






Jumaat, 15 Januari 2010

Mohd Azwan Hj Yaacob

Hai, saya Azwan. Saya nampak seksi bila bergambar dengan joran dan rambut yang serabai.

Khamis, 7 Januari 2010

Tahniah Dan Takziah


Kami dari Changlunkus ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Ayel@Mohd Faril di atas berlangsungnya perkahwinan beliau dengan gadis idamannya iaitu saudari Sharifah. Sehingga kini kami masih tertanya tanya sama ada saudari Sharifah ini dari Matrik Changlun atau tidak. Di harap saudara Ayel mampu merungkaikan persoalan ini.

Walaubagaimanapun, di sebalik berita gembira dan indah ini, ada berita sedih yang ingin kami sampaikan. Bapa kepada saudara Ayel, sudahpun kembali ke rahmatullah pada hari Rabu bersamaan 6 Januari 2010. Di harap, saudara Ayel dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Salam takziah kami ucapkan. Dengan ini, marilah kita bersama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Md Khalil (bapa Ayel) di atas pemergiannya dan sama sama kita doakan semoga Allahyarham akan ditempatkan bersama golongan golongan yang beriman. Al-Fatihah...

Ahad, 27 Disember 2009

Selamat Manyambut Hari Kelahiran Kau Wahai Ahmad Mudzakkir @ Wak

Dengan ini, kami dari Changlunkus Matrikus ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada saudara Ahmad Mudzakkir atau lebih popular dengan panggilan Wak. Jadi kawan kawan sekalian, kita nak hadiahkan apa kat brader kita ni? Aku cadangkan sepeket Nescafe 3 in 1 dan pembaris corak pelangi untuk mengacau. Amacam, ok tak?

Selasa, 22 Disember 2009

Akhirnya Najib Penyu Ikut Jua

Jadi, kat sini dah ada bukti yang Najib@Penyu@Naliems Jaws akan ikut aku dan Wan ke Bukit Tabur Sabtu ini. Kalau tak ikut juga, memang kita orang akan pijak perut dia ramai-ramai. Setuju tak Wak?

Sabtu, 12 Disember 2009

Ok. Kali Ni Berita Yang Betul Betul Punya!

Brader tengah itu pernah dikenali sebagai 'Lelaki Kasanova'.

Orait. Kali ini betul betul punya berita. Tak akan ada salah atau silap lagi. Mahupun daripada pihak aku ataupun pihak Najib Penyu. Untuk pengetahuan semua, brader yang duduk kat tengah tu ataupun saudara yang bernama Mohd Faril a.k.a Ayel akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 2 Januari 2010 (cepat siot! tak sabar agaknya) di kampungnya iaitu di Simpang Pulai, Perak.

So, amacam geng geng Changlunkus, korang ada masa free tak? Ada masa free moh kite ke Perak yob. Ate, kome tak nok makan nasik kenduri ke?

Tahniah buat brader Ayel!

Rabu, 9 Disember 2009

Kami Sudah Naik Bukit, Anda Bila Lagi?

Bukit ni memang penuh dengan kepura-puraan. Ingat bila panjat tangga ni dah kat puncak, sekali kat depan ada lagi. Memang macam haram weh!

Wan bajet macam star posing di sebalik semak-semak bukit ni. Gaya macam nak buat projek haram saja.

Tahniah di atas usaha Megat (bukan geng Changlunkus) kerana berjaya menawan puncak Bukit Broga walaupun sangat-sangat kekurangan stamina. "Aku dah lama tak main bola doh," itulah antara alasan yang Megat berikan.

Megat dan Fawwaz (bukan ahli Changlunkus) meraikan kegembiraan di puncak Bukit Broga dengan menghisap rokok secara kongsi. Kelihatan Fawwaz cuba menggaru kerandutnya yang gatal sementara menunggu gilirannya menghisap rokok. Itu adalah batang rokok pertama yang Megat hisap sepanjang pendakian bukit ini.

Wan menunjukkan isyarat 'keamanan' sebagai tanda kejayaan menawan puncak Bukit Broga. Sebelum tu dia ada hubungi abang dia untuk memastikan sama ada kita orang dah betul-betul kat puncak atau tidak. Wan memang ada penyakit ragu-ragu sikit.

Jadi, kepada rakan-rakan Changlunkus yang lain, tak rasa nak panjat bukit ni ke? Bukan tinggi mana pun. Aku yang berat 80kg pun setedi aje panjat, tak pancit pun. Mel, kau sebagai ketua pertubuhan tak nak join ke? Kau kan hensem, orang hensem kena buat benda benda macam ni, baru maskulin weh. Wak pula, kenangan Gunung Nuang tu janganlah di kenang sangat. Bukit Broga ni tak tinggi mana pun. Aku yang kau ejek gemuk ni pun boleh selamba aje naik. Takkan kau yang kurus dan tough tu tak boleh naik pula? Kepada Najib pula, ah, tak payah ajaklah. Mesti nak bagi alasan ada kenduri kahwin tu. Emi pula, teruskan saja dengan alasan kau nak balik kampung tu. Sabtu ni aku dengan Wan nak repeat lagi, nak tengok matahari terbit pula. Baru rasa macam kat Jepun! Hahaha!