Isnin, 19 April 2010

Kolej Matrikulasi Selangor: Warung Wak Long @ Warung Wak Lu!

Gambar dirembat dari Fesbuk Mohd Azwan @ Wan

Inilah dia, Matrikulasi terbaru yang telah didirikan oleh pihak kerajaan Malaysia. Matrik ini didirikan untuk menampung rakyat rakyat Malaysia yang kini semakin cemerlang dalam pelajaran mereka dan disebabkan sudah berkurangnya tempat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Lantaran itu, bangunan ini ditubuhkan. Menurut salah seorang ahli Changlunkus iaitu saudara Azwan, Kolej Matrikulasi Selangor ini struktur bangunannya betul betul mirip dengan Kolej Matrikulasi Kedah yang terletak di Changlun, Kedah.

"Ah, kalau sama pun bukan ada kedai Mak Long depan tu!" - Ayat ini telah diperkatakan juga oleh salah seorang ahli Changlunkus iaitu Ahmad Mudzakkir @ Wak.

Jadi apa kata kau berhenti kerja lepas tu berniaga kat sini Wak? Mesti boleh untung juta juta lah Wak. Kau letak nama warung kau, 'Warung Wak Long'. Tak pun nak ganas sikit letak nama warung kau tu, 'Warung Wak Lu!'. Amacam, boleh tak Wak?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku buh name Wak Chu...sempena nama cekgu skolah aku yg mirip nama Wak watever ko suggest tu.aku x nak bubuh Wak Long @ Wak Lu,pasal nt ko mintak bayar royalti.Ko yg untung,aku lak rugi bayar royalti ko bulan2.
kat kedai nie x ade nasi lemak special mak long...specialnye kat sini,motor utk disewa ade disediakan. nak nasi lemak,gi bli sndri kat pekan banting.stgh marhalah gak kot,x taw r aku.bukan aku penah sampai pun.
rokok,aku jual pucuk nipah ngan tembakau cap misai jer.nak rokok dunhill,sewa mottor aku.gi bli sndri...sijil2 aku,aku buat alas meja.sebagai tatapan para pelanggan yg tersayang...klu customer tanye,apsal sijil jadi alas meja????dengan sukacita aku jawab,"ko bukak blog changlunkus matrikus, ulasan 19 April 2010.Sebab pemangkin inspirasi pembukaan Warung Wak Chu bermula dari mangkuk yg tulis blog nie".
FYI, warung Wak Chu menyediakan Wi-Fi utk kemudahan pelanggan nak surf Blog Changlunkus Matrikus. -Ahmad Mudzakir Jamalludin@WAK

atok berkata...

ko dah patut buat entri sendiri ni wak.hahaha!