Rabu, 24 Mac 2010

Burger Koyak Bibir.



Melihat gambar di atas, pasti korang semua akan merasakan tindak tanduk lembaga lembaga di atas adalah sangat memualkan. Seolah olah macam tak pernah makan setahun. Tetapi, ini bukan salah mereka. Ini salah burger. Burger itu yang buat mereka bertindak sebegitu. Burger itu yang mengubah mereka menjadi makhluk buas. Burger itu yang buat mereka rasa kenyang sampai nak pitam. Itulah dia penangan "Burger Koyak Bibir"!


Walaubagaimanapun, kami dari pihak Changlunkus ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua kami iaitu Abang Mel kerana sudi membelanjai aku, Wan, Wak, Najib dan juga Emi makan "Burger Koyak Bibir". Abang Mel dapat durian runtuh ataupun Abang Mel akan bernikah tidak lama lagi? Hanya Abang Mel sahaja yang dapat menjawabnya. Tapi tak kisah la apa jawapannya, kami tetap kenyang!

Tiada ulasan: