Khamis, 30 Julai 2009

Woi! Mana Budak Budak Changlunkus Ni?Tengah Layan Porno Ke Apa?

'The Leader - Mel'

Budak budak Changlunkus sekarang semakin berlagak. Asyik melayan facebook saja. Si Emi tu dok sibuk cerita pasal biskut meri dia. Kena ambil satu pun dah bising. Tapi paling best, leader Changlunkus ni la. Sampai sekarang tak ada berita pasal dia. Entah mana hilang. Aku saspek dia ni ada kat luar negara sekarang.

Selasa, 21 Julai 2009

Ku Suka Kau Suka


Aku sampai sekarang tak tau kenapa aku buat muka macam tu. Wak pula, aku syak dia baru dapat makan kot pada hari insiden gambar ini diambil. Korang tak nampak ke wajah Wak yang begitu asyik memakan ayam panggang tu? Sedap sangat ke Wak???

Ahad, 19 Julai 2009

Dokumentari Gunung Nuang.. at last we are on the peak!!!

minta maaf la aku ni wartawan amatur.. tp inilah saat2 yang paling best giler.. gambar2 kt atas tu mggu depan kot aku br upload.. kalo ada berani pas raya kite repeat balik nek gunung ni.. aku nak geng2 changlunkus gak nek.. amacam? ada berani? ahaha..

Sabtu, 18 Julai 2009

Masihkah Kau Ingat?

"Saya Najib. Saya kini tak sawan lagi bila hisap rokok."

Ini Najib a.k.a Penyu. Nak tau tak, rokok pertama yang Najib hisap ialah Marlboro Light. Hebat bukan? Kali pertama belajar dah hisap rokok mahal mahal. Otai rokok macam Wak pun belajar hisap guna rokok murah murah. Winston Light misalnya. Kali pertama Najib hisap rokok, macam haram perginya. Sebatang Marlboro Light itu secara puratanya boleh dihabiskan dalam masa 3 minit sahaja. Tapi Najib? Nak dekat 15 minit. Tangan dah terketar ketar macam hisap gam. Gambar di atas adalah wajah seakan akan sama seperti insiden pertama kali Najib hisap rokok. Macam sawan!

p/s: Sekarang Najib dah hebat. Dia tak lemah hisap rokok dah. Dah pandai buat bulat, buat love, buat anak panah, buat lesung, buat segitiga Bermuda dan banyak lagi. Dan sekarang dia hisap rokok Peter Styvesant.

Jumaat, 17 Julai 2009

promosi kepada ahli....

kepada para ahli sekelian.disini saya ingin bekongsi sedikit maklumat.jika saudara smua inginkan bau2an atau pefume...sila hubungi saya.saya membekalkan pfume one drop.harga below rm50 utk satu kotak.dalam satu kotak ada 8 jenis bau.berminat sila hubungi saya.klu saudara berminat sila hubungi saya di talian 012-2960361.mmb pnya pasal arge leh kawtim.tadahal.kot nk sevinior kat awek ke.mel leh r.byk gadis sekeliling.....

provokasi atau destinasi????

mungkin termaktub dalam dairi changlunkus nanti untuk mengadakan percutian ke pulau.harap semua ahli bersedia.percutian tersebut mungkin akan diadakan selepas musim tengkujuh.lokasi di pilih mungkin akan diadakan di sebelah pantai timur atau seperti cadangan asal, Pulau Pangkor.sebarang cadangan boleh dikemukekan.oleh itu kita akan melantik badan bebas untuk membuat incharge.da 2 bebulu asik wan ngn emi je g beronok.ahli laen mcm mane.jgn smpi mel ilang saba.tindakan tegas akan diambil.tp mujur saudara wan tidak menyorokkan percutian beliau.mungkin die ingin bekongsi dengan kite.harap plan kite selepas ini akan bejaya.mungkin sblm ni saya incharge tidak bejaya.saya tidak layak untuk melakukan tugas tersebut.mungkin tugas ini boleh diserahkan kepada org yg lebih betanggungjawab.sy memohon maaf atas segala kesulitan yg dihadapi.sekian....

Khamis, 16 Julai 2009

Euro Trip

"Kami budak matrik. Kami 'unite'. Kami menentang kapitalisme!" - Mel

Budak matrik. Duit masalah. Tapi rokok tetap boleh beli. Nyawa katanya. Makan masalah. Kadang kadang makan nasi berlaukkan telur goreng dengan kuah campur campur. Kalau mak cik kafe baik, dia derma la ayam seketul, daging 3 ketul ke, tak pun bagi sayur sayuran. Baju pula kedut-kedut. Nak jumpa awek pun kena cari baju bawah katil. Berhabuk? Tak kisah, janji aurat tertutup. Nak ke pekan Changlun. Naik prebet singgit lak kena caj. Jalan kaki lagi bagus, jimat dan menyihatkan badan. Walaupun panas, mahupun hujan lebat, selamba je redah. Kisah apa, inilah namanya 'life'.

Tapi, takde duit macam mana pun, takleh makan lauk sedap sedap pun, baju tak bergosok pun, menapak ke pekan berpanasan dan berhujanan pun, kami semua tetap boleh melancong ke Paris. Aku siap sisipkan gambar bukti lagi di atas. Woi Najib! Kau bawak lari troli tu gi mana weh? Kastam Perancis cari. Dem betullah!

Rabu, 15 Julai 2009

percutian yang sangat meletihkan.. Hulu Langat, 7 perhentian dan pertabalan sebagai "LTP"

Aku rasa memang aku je yang banyak masa berbanding geng2 kmk di sini.. bukan bermaksud aku ni x banyak kerja tetapi demi menghebahkan lagi percutian dan menyemarakkan semangat percutian di kalangan member2 kmk ni.. ahaha.. berikut adalah gambar2 dan aktiviti kami pada 12 Julai 2009 di Hulu Langat.. Yang terlibat, aku, emi dan zool(membe Uitm aku yang sedang meminta kewarganegaraan "changlunkus" tetapi perlu mendapat persetujuan daripada mel dahulu)


di sinilah port kami memancing.. dengan menggunakan umpan yang banyak tetapi hanya mendapat seekor ikan sahaja.. cam besela otaimer la yang dapat.. bak kata aku, kene gi mancing 10 kali baru dapat toman.. emi lagi 9 kali, zool lagi 8 kali.. akhirnya umpan dapat juga dihabiskan dengan skill "tamak" aku.. hehe.. guna 3 mata kail sekaligus.. kami juga dihiburkan dengan "pakcik serius lawak" yang membuatkan kami tak tahan dengan telatah beliau.. wakaka.. antara ceritera lawak adalah cerita mengenai "sarung @#$%".. siapa yang berada pada masa itu sahaja yang mengetahuinya.. wakaka..



inilah dia destinasi kami yang menggegarkan jiwa dan ujian saringan untuk title "lelaki tahan panas"(LTP) telah diadakan.. setakat ini topek telah menjadi lelaki tahan panas yang pertama dan emi telah mendapat tempat yang kedua diantara geng kmk.. yang len, gagal.. ujian ini terdiri dari tahap pertama(memasukkan kaki), tahap kedua (memasukkan batu ladung) dan tahap ketiga ( memasukkan seluruh badan).. Buat masa ini majoriti geng kmk telah melepasi tahap pertama je, tahap kedua belum lagi..

gambar kami di lopak air panas.. yang lulus ujian sebagai "lelaki tahan panas" geng2 kmk ialah aku, topek, emi.. yang len masuk kaki je dah nek balik.. hampes tul.. kelihatan zool di kanan sekali pun juga telah lulus ujian walaupun beberapa kali try.. pergh, panas woo.. terima kasih diucapkan kepada "chinese boy" yang telah mengambil gambar.. sebagai tanda penghargaan, aku attach gambo dia kat blog ni.. toche(3x)

lihatlah muka otaimer air panas ni.. haha, aku yang telah menjadi "guru tahan panas" sedang menunjukkan cara untuk menghadapi tekanan air panas ni.. yang berjaya cuma 2 orang je dari geng kmk, mmg tak tahan panas korang ni.. tapi kalo ko nak jadi "tok guru air panas" gi rendam kat air belakang kayu tu.. kat belakang kayu tu memang tahap tertinggi la..



emi lulus tahap ketiga(memasukkan seluruh badan ke dalam air panas).. emi telah berjaya menghadapi air panas dan seterusnya ditabalkan sebagai orang kedua "lelaki tahan panas" bagi geng kmk.. tahniah diucapkan kepada emi..
lihatlah betapa sengsaranya zool(kiri sekali) mengharungi ujian ini.. setelah dipaksa, zool menjerit kepanasan dan barulah tahu yang " ujian lelaki panas" bukan ujian yang mudah.. zool melalui keadaan yang amat menyiksakan apabila batu ladungnya memasuki permukaan air panas.. kelihatan emi di sebelah memberi tips2 penting setelah berjaya mengharungi keadaan itu.. macam senior ngan junior la gamaknya..

gambaran depan zool yang akhirnya berjaya tahap 2(memasukkan batu ladung ke dalam air panas).. emi sebagai "instructor" berjaya mempengaruhi zool dan berbangga akan kejayaannya..


akhir zool telah berjaya melepasi tiga tahap dan ditabalkan sebagai "lelaki tahan panas" oleh aku.. lihat bagaimana zool dengan gembiranya menahan kepanasan pada ketika ini..

inilah "chinese boy" yang telah mengambil gambar kami bertiga dan kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas jasa mereka.. Jasamu tetap dikenang..

sebagai tanda "lulus ujian LTP" aku dengan bangganya mengadakan majlis pertabalan dengan menjadikan durian sebagai makanan rasmi di lopak air panas itu.. dahla mandi air panas pastu makan durian, memang paneh tul ritu..



inilah destinasi terakhir kami pada hari itu restoran "chicken chop" sedap di cheras.. memula emi da kenyang pastu tetiba nak order pulak.. mungkin kerana malu, dia x jadi order..
Aktiviti sepanjang 12 Julai 2009
Perhentian Pertama : Kedai Suntex (beli umpan anak 40 anak lampam,10 ekor keli)
Perhentian Kedua : Empangan Semenyih (mula mancing)
Perhentian Ketiga : Makan di Restoran Sungai Lopoh (makan di tengah panas tanpa bumbung)
Perhentian Keempat : Sungai Lopoh (mandi sungai, sejuk woo)
Perhentian Kelima : Beli durian Langat kat Pangsun (sedap woo)
Perhentian Keenam : Lopak Air Panas (ujian "lelaki tahan panas" LTP)
Perhentian Ketujuh : Singgah di stesen minyak Petronas Saujana Impian
Perhentian Kelapan : Makan di Restoran "chicken chop sedap" di Cheras
Perhentian Kesembilan : Sampai di rumah aku, majlis bersurai

Trip ke Gunung Nuang (17 Julai 2009)

Dengan sukacitanya seperti biasa last minute trip lagi akan diadakan di Gunung Nuang di Hulu Langat.. Berikut adalah segala jenis keperluan dan tentatif program yang akan diadakan pada 17 Julai 2009.. Bukan semua barang2 yang ditunjukkan kena bawa.. tapi amek yang penting la macam sleeping bag, lampu suluh dan lain2.. yuran mmg free dan yang penting bawakla makan-makanan untuk breakfast dan cuba2 la untuk menambahkan stamina sehari sebelum mendaki gunung ni.. aku pun baru nak mencuba untuk mendaki gunung ni..


EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG NUANG 17 -

18 JULAI 2009


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA


1. LAMPU SULUH (PENTING)

2. SOLID FUEL + DAPUR (JIKA BERKEMAMPUAN)

3. SUDU DAN GARFU (PILIHAN)

4. PINGGAN (PILIHAN)

5. CAWAN DAN BOTOL AIR (PENTING)

6. TEMBAKAU (PILIHAN)

7. BAJU SEJUK (PENTING)

8. BELERANG KUNING (PENTING)

9. SLEEPING BAG/SELIMUT (PENTING)

10. PISAU (PENTING)

11. KHEMAH (PENTING)

12. COKLAT/POWERBAR (PENTING)

13. MAKANAN SAMPINGAN : ROTI, MAGGIE, TUNA (PENTING)


AKTIVITI


17 JULAI 2009 (JUMAAT)


8.00 pm : BERKUMPUL DI PADANG RUMAH AKU DAN BERTOLAK KE PANGSUN

9.00 pm : TIBA DI PEJABAT HUTAN (RENJER) GUNUNG NUANG

9.30 pm : BERMULA MENDAKI KE KEM LOLO

11.30 pm : TIBA DI KEM LOLO, MEMASANG KHEMAH, AKTIVITI SANTAI


18 JULAI 2009


7.00 am : SARAPAN PAGI

8.00 am : BERMULA MENDAKI KE KEM PACAT

10.00 am : TIBA DI KEM PACAT (ROLL CALL) PENDAKIAN KE PUNCAK NUANG

11.30 am : LUNCH DAN BEREHAT DI PUNCAK GUNUNG

1.00 pm : BERGERAK TURUN KE KEM LOLO

3.00 pm : TIBA KE KEM LOLO DAN BERKEMAS

5.00 pm : TIBA DI PEJABAT HUTAN GUNUNG NUANG




Itu sahajalah aktiviti yang diadakan.. setakat ni yang berminat hanyalah emi ngan zool(member UITM aku).. Pendakian ini akan di"guide" oleh abang aku dan disertai juga oleh member2 abang aku.. mungkin dalam kiraan aku ada la dalam 4-5 orang member abang aku.. so sape nak join roger2 la.. sorila sebab last minute planning lagi.. hehe..

Ahad, 12 Julai 2009

Aktiviti riang suka dengan tema "duit boleh dicari, enjoy bukan selalu"

Begitulah frasa yang diungkapkan oleh wak jowo@emi yang menjadi sebutan popular bagi masyarakat di zaman ini.. Frasa itu bermaksud duit boleh dicari di mana-mana dan masa bersama member2 memang sangat dihargai ataupun sangat susah untuk dicari.. Tetapi pada hari ini aku ingin menceritakan mengenai kejayaan kami mengumpan najib untuk keluar bersama-sama kami.. di sini aku lampirkan beberapa gambar yang menunjukkan bukti ataupun alibi bahawa najib bersama kami ketika keluar untuk aktiviti riang suka semalam..




gambar ini menunjukkan najib yang berasa runsing kerana terpaksa mengeluarkan diri dari rumahnya.. kelihatan emi mengawal ketat najib untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku..



gambar ini menunjukkan mel@ketua kumpulan kami sedang "slow talk" dengan najib untuk menenangkannya supaya tidak melarikan diri.. lihat betapa seriusnya ketua kami, memang tiada tandingan.. terima kasih juga kami ucapkan kepada mel kerana membelanja kami makan di mcd..



gambar yang "shady" ini diambil oleh najib secara paksa setelah disuruh oleh mel.. dari kiri emi, di tengah mel@ketua dan di kanan sekali adalah seorang makhluk yang sopan kerana kedudukan kakinya seperti sedang ditemuduga"..



gambar menunjukkan najib(gambar di sebelah kanan sekali) meluahkan perasaan yang tidak puas hati atas kawalan yang ketat terhadapnya.. nampaknya awek di belakang pun sedang bersiap sedia untuk mengambil gambar.. tengok skali je ya, tengok dua kali hukumnya haram..



kelihatan emi(gambar di sebelah kiri sekali) menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana mel mendapat tempat duduk yang paling depan sekali untuk cerita "Public Enemies".. kami berjaya meyakinkan mel untuk terus masuk panggung walaupun beliau bercadang untuk balik rumah pada ketika itu.. "kalo aku dapat tempat kat depan masa tengok wayang pun aku tak sanggup nak masuk," aku berkata dalam hati.. ha, tengok dua kali kaki awek tu da haram.. macam aku tak tau je apa ada dalam pikiran korang, cet.. haha..


Berikut aku ringkaskan aktiviti daripada awal hingga akhir dalam aktiviti riang suka kami :


Yang Dirancang :


1) 4.00 petang : di Red Box dekat The Curve Damansara

2) 7.50 malam : menonton wayang bertajuk "Public Enemies" di Cineleisure Damansara

3) 10.00 malam : makan malam di Restoran Murni di SS2 Damansara

4) 12.00 malam : habis makan dan majlis bersurai



Yang Terjadi :


1) 12.25 tengah hari : bangun tidur dan terus menelefon emi.. msg wak tapi x berbalas (aku beranggapan wak berada di sarawak)


2) 1.03 tengah hari : msg mil mengenai perancangan seterusnya dan mula pergi ke rumah emi(checkpoint pertama)


3) 2.00 tengah hari : sampai di rumah emi dan bergegas ke shah alam untuk mengambil najib di rumahnya(checkpoint kedua)


4) 2.35 tengah hari : sampai di rumah najib dan kelihatan ada kenduri berdekatan rumahnya


5) 2.40 tengah hari : menelefon najib untuk memberitahu mengenai kedudukan kereta


6) 2.50 tengah hari : najib kelihatan mencari kereta kancil aku dan aku memberitahu bahawa kedudukan kereta berada di sebelah kanan rumahnya


7) 3.00 petang : akhirnya najib berjaya mengecam kereta dan kami terus pergi makan di kedai makan seksyen 2 yang baru(checkpoint ketiga)


8) 3.30 petang : bergerak ke The Curve Damansara untuk berkaraoke di Red Box(check point keempat)


9) 4.10 petang : sampai di Red Box.. terpaksa masuk lewat 20 minit kerana terlambat sampai ke destinasi dan najib mengambil kesempatan untuk membeli tiket wayang


10) 4.30 petang : masuk ke bilik karaoke yang bernombor 13.


11) 6.40 petang : mel sampai di bilik 13 dan terpaksa membeli tiket "Public Enemies" dan akhirnya mendapat tempat yang hadapan sekali


12) 7.00 malam : habis sessi karaoke dan minum di Mcdonald The Curve(checkpoint kelima)


13) 7.45 malam : bergerak ke panggung Cineleisure(checkpoint keenam) untuk menonton "Public Enemies"


14) 10.30 malam : habis menonton dan mula bergerak ke Restoran Murni SS2(checkpoint ketujuh)


15) 11.00 malam : sampai di stesen minyak BHP untuk menunggu wak yang terlambat datang


16) 11.10 malam : menunggu wak dan cuba menelefon tetapi tidak diangkat


17) 11.20 malam : telefon punya telefon punya telefon punya telefon tapi tak angkat2.. emi bercadang untuk menggunakan cara ganas tetapi aku menasihatkannya supaya bersabar


18) 11.30 malam : akhirnya wak mengangkat telefon sambil emi menjawab dengan emosi dan akhirnya wak tiba di destinasi secara terkinja-kinja.. kami terus "park" kereta di stesen ini dan terus berjalan menuju ke Restoran Murni


19) 12.00 malam : akhirnya sampai di destinasi dan sessi makan malam..


20) 1.00 pagi : selesai makan dan menuju ke tempat letak kereta yang telah dirantai sekeliling stesen.. patutlah takda kereta "park" dekat sini.. emi dan najib mengangkat palang dan secara tidak rasmi menjadi pekerja stesen minyak untuk beberapa minit.. pergi menghantar najib ke shah alam(checkpoint kelapan)


21) 1.20 pagi : sampai di rumah najib dan seterusnya menghantar emi ke rumahny (checkpoint kesembilan)


22) 1.40 pagi : sampai ke rumah emi dan aku pulang ke rumah..


23) 2.00 pagi : aku sampai di rumah dengan hati riang suka..


Beginilah aktiviti yang diadakan semalam yang bertarikh 11 Julai 2009 yang bertemakan "duit boleh dicari, enjoy bukan selalu" . Dan kepada atok kami ingin memohon kemaafan kerana ketidakhadiran anda untuk memeriahkan majlis atau aktiviti riang suka kami.. uih.. letih siot aku tulis .. pandai pandai la korang hargai ya..

Jumaat, 10 Julai 2009

gempa bumi dan aktiviti riang suka..




tajuk yang menggemparkan ini bukanlah untuk menakutkan sesiapa.. tetapi sebenarnya untuk menggambarkan lemak tepu yang berada pada perut aku bergegar walaupun tiada gempa bumi yang berlaku.. jadi untuk mengurangkan gegaran marilah menyahut seruan kerajaan untuk bersukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.. seperti aku bermain badminton seminggu sekali, jadi aku menyeru geng2 changlunkus supaya bersukan untuk mengurangkan gegaran perut terutamanya atok..

untuk meraikan pembukaan blog, aku ingin mengajak geng2 changlunkus untuk mengadakan aktiviti riang suka yang tidak rasmi pada keesokan harinya yaitu pada ari sabtu, 11 julai 2009.. jadi aku ingin mendapat kepastian mengenai acara2 yang akan diadakan pada keesokan hari.. sementara aku bermain badminton pada pukul 9 malam ni, bolehlah korang semua memberi beberapa pendapat untuk rancangan besok..

aku rasa malam besok kita karok je la memandangkan emi dah mempromote member card red box dia tu.. jadi pada pagi atau tengah hari besok tiada aktiviti yang dirancangkan lagi.. aku memohon maaf kerana aktiviti besok telah dirancangkan secara last minute.. aku, mel ngan najib telah setuju.. jadi sekarang sesiapa yang boleh pergi bolehlah post ulasan di sini serta cadangan untuk aktiviti besok.. atok kalo nak datang pon boleh, dol katanya duk kat shah alam dan kita mungkin boleh mengajak dia ngan sesiapa lagi.. heboh2kan la supaya aktiviti besok lebih menceriakan.. as-solatuljamiah(3x), rahimatukumullah..

Rabu, 8 Julai 2009

Aktiviti Riang-ria Suka-suka

Rakan2 sekalian...

Rase rindu di dalam hati hambe ingin bersua muka. Tatkala karier mnjadi tajuk utama dalam khidupan skrang, kite smkin alpa untuk mgeratkan tali silaturrahim sesama kite. Arakian itu, saya ingin skali mjemput kite2 sekalian untuk bersama2 berhibur....

Beb, Red box dah bkak dowh kat IOI mall...aku de kad mmbership mmber aku nyer..hahah, bile free nih? aku every week on...

Bile agy nak mnikmati keindahan panorama alam..gi er tejun ke...eyh, kite blom pnah wat trip gi pantai dowh, jom aaa...kite gi teluk batik ke, pangkor ke, PD ke...

Kalo berani kasi post la ulasann...

Selasa, 7 Julai 2009

Gerai Mak Long, Rokok Batang dan Nasi Lemak

Dululah gerai Mak Long. Sekarang dah jadi gerai apa entah. Tengok banner macam jual bihun sup saja.

Di sinilah aku belajar macam mana makan nasi lemak campur kicap. Di sinilah aku belajar mengetahui cara membeli rokok batang. Dunhill empat puluh sen sebatang dan Surya tiga puluh sen sebatang (kalau tak silaplah). Di sini juga tempat aku dan geng geng Changlunkus Matrikus lepak lepak tak kira pagi atau petang. Habis kelas mesti menuju ke sini. Minum apa apa yang patut sambil menghembus asap laju-laju. Di sini jugalah aku belajar buat asap bentuk 'O'. Di sini juga tempat aku mengeratkan silaturrahim dengan pelajar pelajar lain. Aku juga pasti bahawa tempat ini tidak sesuai untuk budak budak skema yang bijak pandai kerana kehadiran mereka teramatlah kurang. Wajah Azman(adik Mel) juga jarang kelihatan. Aku juga pasti bahawa Mak Long ini lebih mengenali Wak dan Wan berbanding aku dan rakan rakan lain. Dengar cerita, Wak pernah jadi anak angkat Mak Long. Wan juga dipilih, tapi dia menolak, takut dikongkong katanya. Aku juga pernah menjadi perhatian di sini apabila digelakkan oleh pak cik pak cik prebet sapu akibat kegagalan menggulung rokok daun dengan baik. Habis berterbangan bersama tembakau. Di sini juga aku mula mengenali nasi goreng kung fu. Haram tak sedap langsung! Di sini juga aku dan rakan rakan menyinggah sebelum menapak 1.5 kilometer ke masjid pada hari Jumaat.

Kini, gerai ini bukan Mak Long lagi yang jaga. Pak Long juga sudah meninggal dunia. Hasil penyiasatan Wan dan Wak ke kawasan ini beberapa bulan yang lalu mendapati gerai ini diambil alih oleh mereka mereka yang tidak ketahuan asal usulnya. Dem. Terlalu banyak kenangan manis aku dan rakan rakan di sini.

Gambar diambil dari pesbuk Wan.

bermulanya satu sejarah..



Ini bukannya sejarah mungkin berulang lagu tomok yang famous satu ketika dahulu. Tetapi ia satu puncak bermulanya sejarah blog bg geng2 kita yang makin pupus ditelan arus kerja yang menyibukkan ni.. sbnanya aku maleh nak kutuk2 najib kt sini.. takut aku kene sue lak nnti.. aku
da maafkan walaupun ko :

1) selalu bagi alasan rumah jauh sampai nak turun kl atau kajang pun x leh
2)slalu mintak wat reunion kat shah alam walaupun bila kitaorang da sampai shah alam dia ada halla pulak..
3) slalu menggunakan alasan antaranya ialah pergi kenduri, main futsal, naik kete member, x da duit, balik kampung dan sebagainya..
4) sering memberikan alasan jauh untuk pergi ke kajang dan tiba2 menelefon aku keesokan harinya untuk menanyakan kedai kereta di kajang..
5)berjanji akan menjadi project manager untuk trip kita yang seterusnya tetapi sampai skang x tau apa ko pnya plan..

Jangan riso jib, aku sebagai wakil dr bebudak ni da maafkan kesalahan ko.. Usahlah diingatkan kesalahan yang lama kerana kesalahan yang baru mungkin akan terjadi.. Mungkin ko akan bekerja di Terengganu dan alasan yang ko berikan mungkin akan lebih mantap daripada ni.. Tetapi kami akan maafkan ko juga kerana ko adalah sumber aset bagi group kami.. Walaupun tidak terlintas dr fikiran kami apabila ko xda, kami tetap menganggap ko sebagai rakan kami..

Sekian saja perhimpunan pada petang ini, murid2 sekarang boleh bangun dengan senyap dan bersurai mengikut kelas masing2..


Isnin, 6 Julai 2009

warge smua.......

memandangkan segala teknologi da canggih, maka mudah kita utk bekongsi segala maklumat dan apa jua bentuk infomasi.segala cadangan dan rintangan hendaklah dikemukaan.dan majlis akn mbuat segala keputusan.segala keputusan adalah ditangan mel.sekian.

sempoi....

kepala atok mmg bgs.dengan adanya blog ni mgkn mengeratkan lagi keakraban warga ex-kmkian.
mungkin kt dpt bekongsi pendapat lg beh klu bekongsi pendapatan.ringan sam dijinjing berat ko pikul sorg.hahaha....papehal segala masalah kt boley kongsi bersama.dengan ini konsep 1 malaysia kt tuka kepada konsep laen.mgkin wak de idea lg bernas.silakan wak.......

Idea Bernas, Agaknya...

Tengah aku bosan bosan tadi, aku tengok tengok balik gambar gambar lama sahabat sahabat lama aku. Gambar masa kat matrik dulu. Peh. Masing masing muka penjenayah doh! Nasiblah diorang berkawan dengan aku, ada gak aku nasihat diorang sikit sikit. Walaupun tak masuk banyak nasihat tu, masuk sikit pun jadilah. Aku harap diorang dapat jadi manusia yang mulia dan mampu menyumbang kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Yang pasti sekarang ni diorang cuba mengamalkan konsep 'One Malaysia" kot...

Aku kena ugut bunuh dengan Najib waktu ni. Yang tak tahannya, Wan dengan Emi boleh sonok sonok lagi amik gambar.