Jumaat, 31 Disember 2010

Azam Ketua Kumpulan


Azam 2011 ketua kumpulan Changlunkus ialah:

"Kurangkan sifat pentingkan diri sendiri."

dan

"Belajar lebih menghargai orang sekeliling."

Pergh! Ayat azam tu memang lain macam bunyi dia. Setahu aku, ni ayat-ayat orang nak bercinta. Nampak gaya, ketua kumpulan akan ada awek pada tahun 2011 ni. Gilalah, ketua kumpulan dah mula nak tunjuk belang macam Harimau Malaya! Watch out ladies out there, Syazmil will show his true fangs! Oh yeah!

Isnin, 13 Disember 2010

Kejutan Dari Bintang Marikh!



Hari ini, kami dari Changlunkus Matrikus dikejutkan dengan satu status yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli kami iaitu saudara Mohd Azwan di dalam Facebook nya. Hal ini kerana, sebelum-sebelum ini beliau seringkali menafi sekeras-kerasnya bahawa hati beliau sudah dimiliki. Tapi kini, ia seakan-akan sudah mula berubah. Mungkin sudah tiba masanya untuk pintu hatinya terbuka menerima cinta dari seorang insan dari kaum hawa.

Jika cinta itu dari kaum Adam, mungkin sudah tiba masa kami sepak muka beliau!

Bagaimanapun, kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau. Sama ada ia akan diumumkan dengan meletakkan gambar beliau bersama gadis pujaannya atau mungkin dia akan menulis status tentang siapakah gadis cintaan beliau. Harap semua dapat bersabar dan tidak gelojoh tentang perkara ini ok, terutama sekali Najib yang suka berperangai membabi buta.

P/S: Ketua kumpulan kami bila lagi nak buat status macam ni ye?