Khamis, 16 September 2010

Najib Dah Join Tabligh

Najib dah join tabligh. Gambar ni diambil semasa dia mengikuti rombongan geng geng tabligh mentarbiahkan penduduk di sekitar negeri Johor. Tak sia sia beliau belajar di sekolah agama dulu selama 5 tahun. Patutlah sekarang susah nak balas sms. Yelah, benda benda lagha kan, mana boleh buat sangat. Tahniah bro!

Rabu, 15 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami, dari Changlunkus, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin jika kami ada melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Harap harap, dibulan yang mulia ini, kita akan saling bermaafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita hendaknya. Akhir kata, terimalah salam sayang daripada maskot Changlunkus iaitu Wan Gunung a.k.a Wan Pacak a.k.a Wan Stamina.