Rabu, 5 Januari 2011

Sejuta Tahniah! Lepas ni tak ada la lagi alasan lampu motorsikal rosak ye!

Penyu ternganga lagi.

Patutlah memanjang bagi alasan bila ajak lepak. Lampu motor terbakarlah, kawan tu kahwin la, kawan ni kahwin la, balik kampung la, tayar motor pancit la, tak berani bawa motor malam malam la, rupa rupanya ada agenda tersendiri rupanya.

Jadi, kami di Changlunkus ingin mengucapkan sejuta tahniah kepada Encik Najib bin Salimy sebab dan mengikat tali pertunangan (bukan tali sawat ok!) dengan kekasihnya yang tercinta bernama Erma (nama penuh aku taktau, yang itu tanya Najib sendiri ok!). Semoga Najib bahagia dan tabah mengharungi dunia pertunangan dan semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Lepas ni, nampak gaya, kami kena slow sikit la bahan bahan Najib ni. Orang dah bertunang ni mudah sangat nak sensitifnya!

Mak Najib dan tunang Najib.

Jumaat, 31 Disember 2010

Azam Ketua Kumpulan


Azam 2011 ketua kumpulan Changlunkus ialah:

"Kurangkan sifat pentingkan diri sendiri."

dan

"Belajar lebih menghargai orang sekeliling."

Pergh! Ayat azam tu memang lain macam bunyi dia. Setahu aku, ni ayat-ayat orang nak bercinta. Nampak gaya, ketua kumpulan akan ada awek pada tahun 2011 ni. Gilalah, ketua kumpulan dah mula nak tunjuk belang macam Harimau Malaya! Watch out ladies out there, Syazmil will show his true fangs! Oh yeah!

Isnin, 13 Disember 2010

Kejutan Dari Bintang Marikh!



Hari ini, kami dari Changlunkus Matrikus dikejutkan dengan satu status yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli kami iaitu saudara Mohd Azwan di dalam Facebook nya. Hal ini kerana, sebelum-sebelum ini beliau seringkali menafi sekeras-kerasnya bahawa hati beliau sudah dimiliki. Tapi kini, ia seakan-akan sudah mula berubah. Mungkin sudah tiba masanya untuk pintu hatinya terbuka menerima cinta dari seorang insan dari kaum hawa.

Jika cinta itu dari kaum Adam, mungkin sudah tiba masa kami sepak muka beliau!

Bagaimanapun, kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau. Sama ada ia akan diumumkan dengan meletakkan gambar beliau bersama gadis pujaannya atau mungkin dia akan menulis status tentang siapakah gadis cintaan beliau. Harap semua dapat bersabar dan tidak gelojoh tentang perkara ini ok, terutama sekali Najib yang suka berperangai membabi buta.

P/S: Ketua kumpulan kami bila lagi nak buat status macam ni ye?

Sabtu, 20 November 2010

Isnin, 8 November 2010

1001 Tahniah

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ahli Changlunkus Matrikus iaitu saudara Mohd Azwan Bin Yaakob dan saudara Zul Helmi Bin Husin kerana berjaya memahatkan nama CHANGLUNKUS MATRIKUS di atas puncak Gunung Tahan. Untuk makluman semua, Gunung Tahan adalah gunung tertinggi di Semananjung Malaysia. Memang klimaks la brader!!!

Saya sudah klimaks, anda bila lagi? - Mohd Azwan @ Wan Gunung

Isnin, 1 November 2010

Kembor Kot

Bila tengok gambar Wan Gunung a.k.a Wan Stamina ni...


Aku terus teringat cerita ni...


Ish, X-files jugak kes Wan Gunung a.k.a Wan stamina ni ye kawan-kawan.

Ahad, 17 Oktober 2010

Simbol Lelaki Gagah

Inilah dia Ketua Kumpulan Changlunkus kebanggaan kami. Jika di Hollywood sana cukup bangga dengan simbol-simbol seks mereka, tapi kami sebagai ahli Changlunkus cukup bangga dengan simbol lelaki gagah yang ditampilkan oleh ketua kumpulan kami. Cuba tengok bola boling tu, punyalah kuat dia baling sampai kabur-kabur jadinya bola tu. Hebat nak mampus!